TEKS MC USRAH
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam semua.
Terlebih dahulu, Kita buka majlis kita dengan Ummul
Kitab Al-Fatihah.
Rabbish rashly …
Alhamdulillah, Pertama sekali, kita panjatkan
kesyukuran atas keizinan allah untuk kita bersama dalam usrah nadwah ilmuwan
siri ke 81 yang bertajuk autism dan hikmahnya dalam masyarakat.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW kerana
berkat perjuangan bagindalah dapat kita merasai nikmat Iman dan Islam pada hari
ini.
terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli usrah yang
hadir di dalam Zoom, dan menerusi Youtube serta Facebook Live.
Selamat datang ke sesi perkongisan ilmu bersama pembentang
yang kita jemput khas daripada Universiti Malaya, Puan Siti Patonah.
Tajuk usrah kita pada malam ini ialah “Autisme dan
Hikmahnya dalam Masyarakat.” Menyebut tetang autism, saya teringatkan azal dan
azil, putera kepada penggiat seni Malaysia, zarina Zainuddin. Saya ada
mengikuti mereka melalui youtube dan juga Instagram. Apa yang saya dapat lihat,
mempunyai anak autism bukanlah suatu perkara yang mudah tapi bukanlah bermakna
mereka mustahil untuk dikendalikan. Sesungguhnya besar pahala para ibu apa
serta keluarga yang sabar dalam menjaga anak autism.
Jadi, Sebelum saya serahkan kepada pembicara, eloklah saya
kenalkan pembentang kita pada hari ini
Puan Siti Patonah Mohamad mendapat Pendidikan awal di _________
. Kemudian melanjutkan pengajian _________.
Tanpa membuang masa lagi, saya
menjemput pembentang kita, Puan Siti Patonah Mohamad untuk membentang topik
kita pada malam ini iaitu:
……………………………………………………………….
Sebarang soalan boleh diajukan
di ruangan chat dan secara lisan.
………………………………………………………………
Selanjutnya, kita teruskan
dengan sesi soal jawab dan perbincangan. Hadirin dan hadirat di Zoom Meeting
dialu-alukan untuk bertanyakan soalan mahupun berkongsi pendapat menerusi
mikrofon, manakala hadirin yang hadir melalui youtube dan fb live boleh
melontarkan soalan di ruangan chat yang disediakan.
………………………………………………………………………………..
Terima kasih atas jawapan yang
diberikan. Saya kira jelas ya, jawapan yang diberikan oleh penceramah kita
sebentar tadi.
Alhamdulillah, saya ucapkan
jutaan terima kasih kepada penceramah kita, Puan Siti Patonah Mohamad atas
perkongsian yang membuka minda kita berkenaan autism. Semoga kita …..
Kita Tangguh usrah
nadwah ilmuwan kita pada mala mini dengan tasbih kafarah dan suratul ‘asr.
Comments
Post a Comment