MPAT60 PKPIM

Hari ini - 30 Januari 2022. Semalam - 29 Januari 2022 telah dianjurkan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM kali ke-60. Haa dah macam laporan kauu. Jadi PKPIM Perlis telah menghantar sebanyak 3 orang wakil yang sama daripada banjir haritu which are: Fatin Natrah, Adiniy dan Nurkhairil Zahirah. #kamitakramaitapikamiada Asalnya ramai nak pergi, tapi 2 orang pelajar STAM - JPN tak benarkan pulak untuk hadir disebabkan atas risiko penyebaran Covid-19. Seorang lagi - Iqbal - akan habis kuarantin pada 28 Januari 2022. Jadi, ini sahajalah jumlah yang mampu hadir untuk MPAT kali ini. 







    Kami bertolak pada jam 8.30 pagi dari Stesen Bas, Kangar dan tiba jam 8.20 malam + kena sidai 45 minit. Jadi lepas tu barulah kami tiba ke Palm Hotel Negeri Sembilan. Bukan selalu aku nak notakan experience aku, tapi sebab dah lama sangat tak merasa program fizikal, kali ni aku rasa macam BEST GILAA program fizikal. Seriously. You gotta meet new people from other states, u gotta meet the people you only familiar with thru online, you gotta know each other! And then, aku ni, kalau online, memang aku tak cakap banyak la.. dahla aku ni jenis insecure dengan diri sendiri. So program fizikal ni let me be myself. And then yeah, u gotta know more than u know them thru internet. Dalam internet macam baik je. Jumpa f2f, lah macam ni orangnye! So it was nice laa.

    Haa pastu nak express my gratitude towards Kak Aina Hanim, Kimi, Bang Kimi sebab sabar dengan kerenah aku yang lembab and tak reti guna Photoshop nih. Kak Aina Hanim, dah pernah jumpa waktu Misi Banjir haritu. Kak Aina ni memang sync lah online and offline. Baik as depicted in GMeet. Kimi pulak - memang menyakitkan hati drpd online lagi so yeah, as expected. Bang Kimi - unexpectedly tinggi namampos. Lagi tinggi drpd abang aku kot. Aku ingat abang aku dah habis tinggi, rupanya ada yang lagi tinggi. Hm. Okey so thank you thank you thank you. Fatin belajar tak banyak sangat tapi apa yang belajar tu memang benda baru utk Fatin. Got to be PIC to control the slides.





    Okay next, gratitude kepada Adiniy dan Kakkrel sendiri. Tak best kalau xdak depa ni. Depa ni hawaq. Memang syok. Seriously. Looking forward doo to more programmes with them and yang lain2 <3 

    O yeah and I finally got to meet Kak Nisa'. Waktu first time jumpa kat lif tu, PERGH mata dia- CANTIK GILA! warna macam orang Turki gitu. Cuma kecikkk comel jaa mata Kak Nisa'. Sifat Kak Nisa' sangatlah keibuan aku tak tipu. Aku rasa macam anak dia pulak. Dia peluk aku hahah. Sumpah perangai Kak Nisa' ni sebijik ja offline dgn online. Apart from that, jumpa jugak Sarah, Nurin, Ielman. Unexpected doh. Sarah kecik comel namampos. Nurin nampak lain. Ielman sama jee tapi aku tak kenal sangat Ielman so nvm. 







    And got to know some new friends. Banyak gila yang sebaya aku rupanya. Aisyah Amani, Kaisara, Zulaikha, Kak Auni (terpaling kepoh), Cikgu Aizat and many more. Tapi tak kenal banyak sangat pon sebab aku kan introvert ;0 

    And I think yang paling penting untuk MPAT, adalah untuk kita ambil ibrah daripada aapa yang telah berlangsung sepanjang tenure, telusuri dan hayati semula apa yang telah kita jalankan dan apa yang telha kita pelajari. Memahami bahawa peranan mahasiswa bukan sahaja untuk berjaya di dalam bidang intelektualisme, bahkan untuk menggiatkan diri dalam aktivisme dan idealisme. Spiritualisme lagi lah tak boleh ditinggalkan. Saya harap tenure kali ini lebih baik daripada tenure hadapan, boleh berkenalan dengan lebih ramai orang, hadir lebih banyak program, dan improve diri sendiri melalui self effort dan invole as JK program insha Allah. 



Comments

Popular Posts