FINAL IS AROUND THE CORNER

Final dah dekat, tapi takde rasa nak belajar. Siapa pernah rasa macam ni? Ini la aku, dulu, waktu Sem 1. Aku langsung tak ada semangat nak belajar. Aku dah boleh agak dah subjek sekian2, aku akan repeat. Natijahnya, betul, subjek EECE 1316 dgn MECH 1340 aku repeat. waktu keluar result Sem 1 tu, aku sedih, kecewa. Ye lah, siapa yang tak kecewa kan bila dah kena repeat subjek? Tapi aku dah agak benda tu akan berlaku. Jadi kekecewaan aku agak manageable. Dan aku tak pernah bagitau mak aku. Mak aku mintak slip periksa pon aku tak bagi. Malu! 

Jadi Sem ni, Sem 2, aku kena tebus balik. Azam aku, aku dah taknak repeat sebarang subjek. Gila kau, kalau aku kena repeat balik EECE 1316? Tak mboh aku. Jadi untuk Sem 2 ni, aku memang kena paksa diri. Isunya sekarang, aku masih lalai walaupun lagi 3 minggu nak final. /emoji menangis macam empangan pecah/ Aku cuba tau belajar. Cuma, kadang-kadang aku tak tau dari mana nak start. Fikir kat mana nak start pon dah satu hal. Nak risau pasal sempat tak sempat pon dah satu hal. 

Kemudian, aku tak boleh tau belajar sorang-sorang. Nanti 10 minit belajar pon aku dah menguap dah. Walhasil, komputer riba tengok aku, aku dah terbang melayang ke alam lain. Jadi, aku perlukan kawan belajar, terutama untuk subjek repeat, dan juga subjek Maths. Bagus tau study group ni. Kau boleh tanya directly apa yang kau tak faham. Dan. kau akan lebih ingat apa yang kau belajar. Paling utama, semangat tu lebih sikit Masalah terutama sekarang ni adalah, kawan-kawan aku suka benar balik rumah.  Akhirnya, aku tak dapat jugak nak study group dengan diorang. Jadi, tercangak la aku belajar sorang-sorang. Masalah lagi satu, aku takde kawan yang betul-betul-betul bersemangat untuk belajar.

Aku ni suka tau belajar! Paling seronok bila kau boleh yakin dengan jalan kira dan jawapan kau dalam periksa. "Oh I know this one. I read this last week", itulah rasanya. Jadi aku memang suka belajar.

Waktu Sem 1 dulu, boleh je tau aku belajar sorang-sorang. Tapi bukan untuk semua subjek. Semua subjek kecuali EECE 1316. Caranya adalah aku baca topik tu sebelum belajar. Baca daripada buku teks. Buat contoh. Dalam kelas, pembelajaran kau akan jadi smooth je. Lepastu, bila dah habis kelas, aku akan buat Tutorial yang lecturer bagi. Dan juga, aku buat Latihan Tambahan dalam buku teks tu. Seronok tau, perasaan bila kau dapat jawab semua dengan betul. Teknik ni aku apply untuk MECH 1340. 

Yang slack nye subjek ni, lepas Cuti Mid Sem, semangat aku dah merudum. Dua lagi faktor yang mempengaruhi adalah kesusahan silibus dan pensyarah. Lepas cuti, kami belajar Dynamics. Lebih susah berbanding Statics. Statics, kau belajar benda yang tak bergerak. Dynamics, kau kaji objek yang bergerak. Ada yang lurus, projectile (free fall; tak ada daya luar), Curvilinear (melengkung) dan macam-macam lagi la. Susah bagi aku. Lagi satu, lecturer. Macam mana eh aku nak cakap? Aku, sem 2 ni kan dah down, lecturer pulak kurang tersusun (banding dengan lecturer Statics), jadi double the malas nak belajar. Gitu la. 

Alhamdulillah, sem 2 ni, lecturer Dynamics aku sangatlah best! Dia sangat baik, dia ajar satu-satu. Macam budak Tadika. Paling syok, bila dia terangkan aplikasi benda tu, dan jugak berjaya yakinkan aku yang Dynamics ni macam sebuah cerita. Satu equation tu, boleh bagitau banyak maksud di sebaliknya. Kenapa t ada 2 values dan kita abaikan yang satu lagi pon, dia dapat terangkan dengan baik. Ini yang aku nak sebenarnya. Kefahaman dan keseronokan dalam belajar. Aku tak stres, aku tak tension. Alhamdulillah. Yang problem sekarang ni, EECE 1316. Buat masa sekarang, aku cuma belajar dengan kawan aku je. Aku harap sangat aku dapat pass semua subjek dalam sem ni. Itu je. Allahumma Amin. Semoga yang baik-baik untuk kita semua ye. 


Comments

Popular Posts