LIFE IS A CUMULATIVE EFFORT

Minggu lepas, aku dengan kawan-kawan PKPIM Perlis pergi ke MPAT61 dekat Universiti Malaya. Sempatla merasa kejap macam mana duduk UM, walaupun cuma terperuk dalam KK12. Nampakla betapa gigihnya budak UM belajar, sampaikan dinding bilik pun ditulisnya nota. Aku dekat situ, 3 hari 2 malam. Satu bilik dengan Adiniy. Tapi walhasil, kami tak tidur bilik tu pun, sebab pergi merempat dekat bilik YDP. Haha. Anak buah la katakan. 

Aku taknak cerita panjang pasal MPAT ni. Aku nak cerita pasal BoTam je. Hari Ahad tu ada diorang buat MyFit. Untuk sukan lah senang ceritanya. Asalnya HEWI (girls) main bola jaring. Tapi entah takde court ke camne tah, kitorang kena tukar game, main Bola Tampar. Mula-mula tu, ramai frust and tak setuju. Tapi PC Sukan tak heran apa dah. Kena ikut cakap dia jugak. Harung je la. Tapi aku memang setuju sangat, sebab aku minat gila main BoTam. 

Aku bersyukur group mate aku supportive teruk! Mana tak boleh, kita bantu. Mana gagal, kita redhakan saja. Mana taknak cuba, kita paksa juga. Main untuk have fun jee. Dan nasib baik ada sorang dalam group aku ni, teramat power, namanya Piqah, orang Pulau Pinang. Kecil manis comel orangnya. Tapi serve 10 kali straight mat. Kau ada? Dan Alhamdulillah, aku boleh dikatakan membantu jugak untuk bantu group aku dapat nombor tiga. Nampak lekeh tak nombor tiga? Lantaklah, asalkan dapat nombor, dan Piqah bahagia. 

Lepastu, ada sorang kakak ni, panggilnya Kak Atthir. Dia tanya aku, “Fatin pernah wakil mana2 ka?”.

Aku pun jawab “Aih dak dak. Tapi Fatin minat la main BoTam ni”. *grins* Kak Atthir pon “Ooo”. Tak lama kemudian, kami duduk-duduk dengan yang lain. Kak Atthir duduk sebelah aku. Tiba-tiba dia tepuk aku kat belakang sambil mata dia tengok YDP aku. Dia cakap “Kak Khairil, ni, cepat belajaq”. Muka dia kelihatan berbangga dengan Fatin, yang dia sangka tak pernah main BoTam, tapi harini berjaya serve lima kali stret dengan cantik sekali. Sungguh! Dia ingat aku first time main botam pastu terus cemerlang serve. 

Malangnya, pengiktirafan tu terlalu tinggi untuk aku. Aku katakan yang sebenarnya “Haih. Fatin dah lama main BoTam. Daripada Sekolah Rendah lagi. Sebab minat tu la Fatin main. Cuma tak pernah wakil lagi, itu jaaa”.

Dan Kak Atthir pun, “Laaahhh. Ingatkan first-timer. Dah kata minat”. 

Maka begitu lah alkisahnya. Nak tambah sikit, Kak Atthir cakap dia kagum tengok aku serve 😝 Aku ada jugak cuba ajar dia untuk serve macam tu, tapi tak jadi. Walhasil, rupanya bola depan bukan style yang terbaik untuk dia.

———————————————

Kembali kepada tajuk “ Life is A Cumulative Effort”, “Kumulatif”nya di sini ialah skil aku main Bola Tampar tu. Ei ingat mudah ke untuk aku yang lembab bab-bab fizikal ni, nak belajar serve? Susah wei. Nak-nak lagi dulu ni ramai orang terer. Sekolah rendah, aku masuk, cuba Bola Tampar. Tapi, macam aku cakap, ada orang lagi terer. Jadi takdelah jadi wakil Bola Tampar. Masuk Sekolah Menengah, lagilah orang-orang hebat weh! Dan dekat Sekolah Menengah, makin slow main BoTam sebab sibuk - acah2 sibuk. 

Masuk uni; CFS IIUM, barula aku dapat peluang nak main balik BoTam. Dan Alhamdulillah, ada geng-geng BoTam yang sudi ajar serve. Walaupun aku ni susah nak mampus diorang ajar. Kat CFS ni lah, baru aku jumpa serve yang sesuai dengan aku. Helok menjadi pulak tu. Thank you BoTam sensei aka BENL student. I’ll always owe you. 

Dan lepastu, dapat pulak duit RM150, PM Ismail Sabri ni bagi. Aku guna RM30 untuk beli bola tampar. Jadi kat rumah, bermain-main lah aku dan adik petang-petang kat depan rumah tu ha. 

Jadi perjalanan aku untuk dapat serve yang elok ni bukan mudah eh. Ambik masa bertahun-tahun untuk jumpa orang yang betul, dan teknik yang betul. 
Tapi, along the way, I learn.
———————-
Nota kaki: kalau nak main game untuk eratkan ukhuwah, aku cadangkan BoTam berbanding Bola Jaring. Sebab Bola Jaring bawak gaduh weyy, tak tipu. Sebab kitorang pernah main kat FSC, pastu kawan aku mengadu yang kawan aku sorang lagi tu, main kasar. Aduh. Semak paleotak. Ok tu je. Selamat tinggal, Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts